20091007
~Cerita Misteri~
Cerita nih berlaku kepada salah seorang sahabat wanita aku... Kisah ini bermula apabila seorang nenek tua yang merupakan kawan keluarga tersebut mengunjungi rumah member aku nih, dia berkata "besar nyer rumah ni, tapi sunyi x ramai orang".... x disangka bahawa kata-kata tersebut mempunyai maksud yang tersembunyi... pada suatu hari kawan aku nih terdengar seperti ada haiwan yang memanjat bumbung rumah dia, kedengaran bunyi seperti cakaran "srett, srettt, sretttt... tetapi dia tidak mengendahkanya kerana mungkin ia adalah bunyi kucing sedang berlari atau bermain diatas bumbung walaupun bunyi itu agak kuat.... kemudian perkara pelik mula berlaku, loceng rumah mereka berbunyi, "ting tong!" mereka kehairanan kerana tiada orang di depan rumah, lagipun bunyi loceng pintu mereka sepatutnya mengeluarkan nada bunyi yang lain... perkara ini berlaku beberapa kali dan mereka membuat keputusan untuk tidak mengendahkan bunyi itu jika ia hanya berbunyi sekali, tetapi selepas itu ia berbunyi lebih dari sekali, "ting tong, ting tong, ting tong" dan tetap tiada sesiapa di hadapan rumah, loceng itu berbunyi tanpa mengira masa termasuk pada waktu malam.... kejadian ini berulang dan bunyi2 pelik semakin kedengaran sehingga suatu hari ayah kepada keluarga ini memutuskan untuk mengeluarkan loceng tersebut dan memotong wayar loceng itu..... tetapi pada malam itu ketika mereka sedang makan malam kedengaran, "ting tong, ting tong, ting tong!!!!" pada waktu itu mereka betul2 pasti bahawa kejadian ini adalah luar biasa... pada hari berikutnya sahabatku ini tinggal dirumah bersendirian, ketika hendak bangun dari tidur loceng itu tiba2 berbunyi seperti mengetahui bahawa dia baru bangun, walaupun dia berpura-pura tidur tetapi loceng itu tetap berbunyi... kemudian mereka memutuskan untuk memanggil seorang ustaz, maka terbongkarlah misteri tersebut, rupa2 nyer nenek tua yang datang itu telah meninggalkan 2 ekor pelesit dirumah sahabat ku ini kerana rumah itu terlalu luas dan sunyi, so kiranya pelesit tu untuk temankan family member aku ni lah huhu~
Taubat aku x nak pasang loceng kat umah aku nanti~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment